ISU VIRAL DI MEDIA SOSIAL


Pendahuluan


Seiring kepesatan teknologi, dan gaya hidup yang semakin maju, minda dan perilaku masyarakat juga berubah. Masyarakat hari ini lebih banyak meluang masa di laman sosial, ditambah pula kecanggihan peranti dan gajet menjadikan mesej mampu disampaikan secara pantas.
Viral antara satu fenomena yang semakin mudah tersebar. Dengan hanya memetik satu kekunci, kita berupaya tergolong sebagai penyebar maklumat yang kadang kala diragui kesahihannya. Golongan muda tidak terkecuali sebagai ejen penyebar mesej tersebut.Aplikasi sosial yang popular seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp adalah medium yang sering digunakan dan mempunyai ramai pengguna berdaftar di Malaysia berbanding beberapa aplikasi lain dalam menggalakkan fenomena ini merebak.
Sungguhpun isu viral banyak dilihat dari sudut negatif, namun ada juga sisi positif yang membawa kebaikan.Pendapat ini dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kolumnya di ruangan Cetusan - Sinar Harian pada 24 Februari lalu.Beliau berpendapat, amat dangkal jika ada yang mengeluh marah dengan aplikasi media sosial ini atau ingin sewenangnya mencadangkan diharamkan terus penggunaannya.
Menurutnya, pelbagai media sosial kini hanyalah alat yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan atau sebaliknya. Analoginya seperti sebilah pisau yang boleh sahaja digunakan untuk perbuatan mungkar seperti membunuh dengan cara yang tidak sah ataupun dimanfaatkan untuk kebaikan seperti memotong daging untuk disedekahkan kepada yang memerlukannya.

Tambahnya, aplikasi media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instragram dan Telegram, boleh sahaja digunakan untuk penyebaran ilmu dan dakwah hingga seseorang itu mampu mengumpulkan pahala jariah yang berterusan sehingga hari kiamat walaupun jasadnya sudah mati.Sebaliknya jika aplikasi media sosial hari ini dijadikan alat penyebaran berita-berita tidak benar mahupun maklumat-maklumat berupa fitnah atau ghibah, nescaya kita boleh terjerumus dalam kancah dosa-dosa jariah atau istilah yang digunakan oleh Imam Al-Ghazali sebagai maksiat jariah.


Definisi Viral

Satu perkataan yang besar dan semakin mendapat tempat dalam kehidupan tamadun komunikasi moden masa kiniBerasal dari perkataan VIRUS- sudah tentu minda manusia akan terfikir akan bahaya yang boleh merebak kepada manusia lain secara pantas.Viral dari aspek komunikasi: satu kuasa aliran komunikasi elektronik yang disebarkan secara pantas dan meluas secara interpersonal.

Kebaikan Dan Keburukan Viral

            Budaya viral bukan satu isu baharu kerana ia sentiasa hangat diperkatakan. Ledakan teknologi menjadikan mesej atau bahan yang diviralkan tersebar luas umpama ada butang yang berfungsi secara automatik.Bentuk penyebaran yang tidak dapat dibendung itu menjadikan bahan yang disebarkan kadangkala tidak sahih. Jika sekadar lawak jenaka yang diperkatakan, mungkin ia boleh dianggap hiburan ringan di kala menghilangkan tekanan, tetapi jika membabitkan unsur-unsur penghinaan, fitnah dan cacian, ia langsung memberi impak negatif kepada imej individu dan negara.
Boleh dikatakan semua perkara berpotensi untuk dijadikan viral, cerita manusia bermula dengan seorang bayi hinggalah kepada pemimpin negara, tokoh-tokoh politik, usahawan hinggalah kepada binatang, perangai manusia, dan pelbagai elemen boleh mencetuskan viral.
Pendek kata, viral tidak mengenal sesiapa, jika ada yang mencipta, dan ada pula tukang sebar, ia menular bagaikan virus menyerang.Begitu juga dalam kehidupan mahasiswa, suatu ketika isu pelajar kelaparan hangat dibangkitkan dan tersebar juga pengakuan daripada beberapa penuntut yang mengaku keadaan itu telah menjejaskan kesihatan mereka.
Ekoran viral tersebut, ramai pihak tampil membantu, dalam masa yang sama, program-program kebajikan pula menyusul. Jika melihat dari sudut positifnya, kesan viral begitu baik sekali. Mampu meresahkan pihak pentadbiran sehingga membuka segala bantuan dan daripada situ, pelajar yang tidak pernah tahu akan wujudnya bantuan, mulai sedar, rupa-rupanya nasib tidaklah begitu malang.
Banyak lagi contoh viral yang membabitkan mahasiswa antaranya aksi spontan graduan UiTM yang berselfie ketika istiadat konvokesyen. Ada yang mengecam, tidak kurang juga menyokong tindakan tersebut, kerana kelakuan itu bukan suatu yang biasa.Melihat kepada fenomena ini, Isu Kampus cuba dapatkan beberapa respons daripada mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan sejauh mana mereka faham mengenai viral.
Responsnya begitu baik kerana kalangan mahasiswa ini mampu bertindak matang selari dengan peranannya yang tidak mudah menyebarkan perkara-perkara palsu.
Viral juga mempunyai kebaikannya. Antaranya  ialah berita mengenai bantuan dapat disebarkan dengan cepat dan pantas.  Contohnya, dalam melibatkan kes penculikan, ia dapat  membantu pihak polis untuk  mencari maklumat tentang penculikan tersebut dengan cepat. Selain itu, ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa. Contohnya kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak di tempat asuhan memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya ibu bapa supaya lebih peka dengan keadaan anak-anak mereka ketika berada di bawah jagaan pengasuh. Disamping itu juga, viral dapat membantu menangani kes jenayah yang kian berleluasa. Contohnya, video jenayah yang disebarkan dapat dijadikan bahan bukti untuk siasatan pihak berkuasa.
Kesimpulannya, viral mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri bergantung kepada isu dan berita yang disebarkan di media sosial kepada seseorang dan masyrakat di Negara kita. Sekiranya perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat maka tidak mustahil akan jadinya penyakit budaya viral dan sebagainya sehingga boleh menimbulkan huru-hara di Negara ini.

Akta dan Undang-undang Mengenai Media Sosial di Malaysia

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut.
 Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Selain daripada Akta ini, lima Akta lain berkaitan adalah Akta Jenayah Komputer 1997Akta Tandatangan Digital 1997Akta Teleperubatan 1997Akta Hakcipta Pindaan 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai 282 seksyen dan satu jadual. Akta ini digubal pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999 .

Faktor-Faktor Berlakunya Viral
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada tercetusnya isu viral terutamanya di media sosial seperti facebook, Instagram, twitter dan lain lain. Antaranya adalah berpunca dari diri individu yang pentingkan diri sendiri demi kepentingan dan kebaikan diri sendiri tanpa memikirkan kesan atau impak kepada orang lain. Selain itu, sikap individu yang suka menjatuhkan orang lain atau memfitnah. Individu seperti ini melakukan sesuatu tindakan tanpa mempedulikan perasaan orang lain yang mendapat kesan dari isu yang diviralkan.
Seterusnya, antara faktor lain berlakunya isu viral adalah disebabkan oleh tiada pemantauan penggunaan internet khususnya para remaja semasa menggunakan media sosial. Hal ini perlu dititikberatkan oleh golongan ibu bapa supaya anak mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.
Di samping itu, sikap individu yang mudah percaya akan berita yang baru tersebar tanpa memikirkan kesahihan isu yang diviralkan. Terdapat juga individu yang taksub untuk menjadi penyampai pertama di media sosial sehingga tidak menkaji isu yang ingin diviralkan sama ada betul atau tidak. Oleh itu, sebagai seorang pengguna laman sosial yang bijak, kita hendaklah menapis dahulu berita-berita yang diperoleh sebelum berkongsi dengan orang lain di media sosial bagi mengelakkan isu yang diviralkan menjatuhkan air muka orang lain dan sentiasa berfikiran positif dengan apa sahaja berita yang diterima.
Hal ini sememangnya dilarang di dalam Islam, kerana ia adalah fitnah dan hukumnya berdosa besar. Allah S.W.T memberi amaran keras terhadap manusia yang melakukan fitnah terhadap manusia lain di dalam Al-Quran menerusi ayat (Al-Baqarah 2:17).

Cara Mengatasi Viral dan Fitnah

Pihak berkuasa perlu bertindak terhadap Individu atau pihak yang menyebarkan berita palsu dan fitnah, anya akta komunikasi dan multimedia 1998 pihak berkuasa boleh bertindak ke atas individu ataupun pihak yang sengaja meyebarkan berita palsu di media social demi kepentingan peribadi mereka.

Selain itu ibubapa juga perlu memantau kegiatan anak-anak di media sosial, supaya tidak terjebak ke kancah viral dan fitnah. Ibubapa perlulah lebih peka dan prihatin terhadap aktiviti anak-anak mereka di ruang media sosial pada setiap hari. Hal ini kerana pada zman maklumay di hujung jari ini maklumat begitu pantas tersebar dan anak-anak bawah umur belum bijak untuk menapis setiap berita yang mereka dapat. Jadi ibubapa perlu bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka supaya dapat dapat membezakan di antara berita yang betul dan palsu.

Setiap individu perlu bijak menapis berita-berita tertentu sebelum berkongsi dan menyebarkan berita tersebut. Dalam era ledakan maklumat pemilik-pemilik akaun mudah untuk berkongsi maklumat yang mereka dapat di media sosial, jadi mereka perlulah lebih berjati-hati dan bertanggunjawab ke atas berita yang mereka sebarkan kepada orang ramai. Mereka sepatutnya tidak mudah percaya atau menerima bulat-bulat isu yang diviralkan. Sentiasa berfikiran positif dan tak mementingkan diri sendiri ketika menggunakan laman sesawang.


 Firman Allah S.W.T
Berhati-hati dengan berita atau maklumat yang kita terima.
“Wahai orang beriman ! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa berita, maka selidik lah kebenarannya, supaya kamu tidakmenimpakan suatu musibah kepada kaumdengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu sehingga menjadikan kamumenyesali apa yang kamu lakukan.” 
(al-Hujuraat: 6)


Bahaya fitnah
“ Dan firnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh”
(Al-baqarah 2:17)

Kesimpulan
Setiap individu atau sesuatu pihak mestilah bertanggungjawab terhadap beirta yang ingin mereka sebarkan kepada orang ramai. Hal ini kerana setiap berita atau maklumat yang disampaikan mudah tersebar di zman teknologi serba canggih ini. Pemikiran yang rasional dan waras serta tindakan yang bijak oleh seseorang individu yang menggunakan media sosial amat perlu dalam hal sebegini.












 



7 ulasan: