Pendahuluan
Seiring kepesatan teknologi, dan gaya hidup yang semakin maju,
minda dan perilaku masyarakat juga berubah. Masyarakat hari ini lebih banyak
meluang masa di laman sosial, ditambah pula kecanggihan peranti dan gajet
menjadikan mesej mampu disampaikan secara pantas.
Viral antara satu fenomena yang semakin mudah tersebar.
Dengan hanya memetik satu kekunci, kita berupaya tergolong sebagai penyebar
maklumat yang kadang kala diragui kesahihannya. Golongan muda tidak terkecuali
sebagai ejen penyebar mesej tersebut.Aplikasi sosial yang popular seperti
Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp adalah medium yang sering digunakan dan
mempunyai ramai pengguna berdaftar di Malaysia berbanding beberapa aplikasi
lain dalam menggalakkan fenomena ini merebak.
Sungguhpun isu viral banyak dilihat dari sudut negatif,
namun ada juga sisi positif yang membawa kebaikan.Pendapat ini dinyatakan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr
Asyraf Wajdi Dusuki dalam kolumnya di ruangan Cetusan - Sinar Harian pada 24
Februari lalu.Beliau berpendapat, amat dangkal jika ada yang mengeluh marah
dengan aplikasi media sosial ini atau ingin sewenangnya mencadangkan diharamkan
terus penggunaannya.
Menurutnya, pelbagai media sosial kini hanyalah alat yang
boleh dimanfaatkan untuk kebaikan atau sebaliknya. Analoginya seperti sebilah
pisau yang boleh sahaja digunakan untuk perbuatan mungkar seperti membunuh
dengan cara yang tidak sah ataupun dimanfaatkan untuk kebaikan seperti memotong
daging untuk disedekahkan kepada yang memerlukannya.
Tambahnya, aplikasi media sosial seperti Facebook,
WhatsApp, Instragram dan Telegram, boleh sahaja digunakan untuk penyebaran ilmu
dan dakwah hingga seseorang itu mampu mengumpulkan pahala jariah yang
berterusan sehingga hari kiamat walaupun jasadnya sudah mati.Sebaliknya jika
aplikasi media sosial hari ini dijadikan alat penyebaran berita-berita tidak
benar mahupun maklumat-maklumat berupa fitnah atau ghibah, nescaya kita boleh
terjerumus dalam kancah dosa-dosa jariah atau istilah yang digunakan oleh Imam
Al-Ghazali sebagai maksiat jariah.
Definisi Viral
Satu perkataan yang
besar dan semakin mendapat tempat dalam kehidupan tamadun komunikasi moden masa
kiniBerasal dari perkataan VIRUS- sudah tentu minda manusia akan terfikir akan
bahaya yang boleh merebak kepada manusia lain secara pantas.Viral dari aspek
komunikasi: satu kuasa aliran
komunikasi elektronik yang disebarkan secara pantas dan meluas secara
interpersonal.
Kebaikan
Dan Keburukan Viral
Budaya
viral bukan satu isu baharu kerana ia sentiasa hangat diperkatakan. Ledakan
teknologi menjadikan mesej atau bahan yang diviralkan tersebar luas umpama ada
butang yang berfungsi secara automatik.Bentuk penyebaran yang tidak dapat
dibendung itu menjadikan bahan yang disebarkan kadangkala tidak sahih. Jika
sekadar lawak jenaka yang diperkatakan, mungkin ia boleh dianggap hiburan
ringan di kala menghilangkan tekanan, tetapi jika membabitkan unsur-unsur
penghinaan, fitnah dan cacian, ia langsung memberi impak negatif kepada imej
individu dan negara.
Boleh dikatakan semua perkara berpotensi untuk dijadikan
viral, cerita manusia bermula dengan seorang bayi hinggalah kepada pemimpin
negara, tokoh-tokoh politik, usahawan hinggalah kepada binatang, perangai
manusia, dan pelbagai elemen boleh mencetuskan viral.
Pendek kata, viral tidak mengenal sesiapa, jika ada yang
mencipta, dan ada pula tukang sebar, ia menular bagaikan virus menyerang.Begitu
juga dalam kehidupan mahasiswa, suatu ketika isu pelajar kelaparan hangat
dibangkitkan dan tersebar juga pengakuan daripada beberapa penuntut yang
mengaku keadaan itu telah menjejaskan kesihatan mereka.
Ekoran viral tersebut, ramai pihak tampil membantu, dalam
masa yang sama, program-program kebajikan pula menyusul. Jika melihat dari
sudut positifnya, kesan viral begitu baik sekali. Mampu meresahkan pihak
pentadbiran sehingga membuka segala bantuan dan daripada situ, pelajar yang
tidak pernah tahu akan wujudnya bantuan, mulai sedar, rupa-rupanya nasib
tidaklah begitu malang.
Banyak
lagi contoh viral yang membabitkan mahasiswa antaranya aksi spontan graduan
UiTM yang berselfie ketika istiadat konvokesyen. Ada yang mengecam, tidak
kurang juga menyokong tindakan tersebut, kerana kelakuan itu bukan suatu yang
biasa.Melihat kepada fenomena ini, Isu Kampus cuba dapatkan beberapa respons
daripada mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan sejauh mana mereka faham
mengenai viral.
Responsnya
begitu baik kerana kalangan mahasiswa ini mampu bertindak matang selari dengan
peranannya yang tidak mudah menyebarkan perkara-perkara palsu.
Viral
juga mempunyai kebaikannya. Antaranya
ialah berita mengenai bantuan dapat disebarkan dengan cepat dan pantas. Contohnya, dalam melibatkan kes penculikan,
ia dapat membantu pihak polis untuk mencari maklumat tentang penculikan tersebut
dengan cepat. Selain itu, ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat terutama
ibu bapa. Contohnya kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak di tempat asuhan
memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya ibu bapa supaya lebih peka
dengan keadaan anak-anak mereka ketika berada di bawah jagaan pengasuh.
Disamping itu juga, viral dapat membantu menangani kes jenayah yang kian berleluasa.
Contohnya, video jenayah yang disebarkan dapat dijadikan bahan bukti untuk
siasatan pihak berkuasa.
Kesimpulannya,
viral mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri bergantung kepada isu
dan berita yang disebarkan di media sosial kepada seseorang dan masyrakat di
Negara kita. Sekiranya perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat maka tidak
mustahil akan jadinya penyakit budaya viral dan sebagainya sehingga boleh
menimbulkan huru-hara di Negara ini.
Akta dan Undang-undang Mengenai Media Sosial di Malaysia
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 merupakan satu Akta berkenaan
undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi
campurtangan kerajaan
Malaysia dalam memantau industri
komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang
dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan
perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam
memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi
kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut.
Bagaimanapun,
tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di
bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan
Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang
antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini.
Selain daripada Akta ini, lima Akta lain berkaitan adalah Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997, Akta Hakcipta
Pindaan 1997 dan Akta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 mempunyai 282 seksyen dan satu
jadual. Akta ini digubal pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada
23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999 .
Faktor-Faktor Berlakunya Viral
Terdapat
beberapa faktor yang membawa kepada tercetusnya isu viral terutamanya di media
sosial seperti facebook, Instagram, twitter dan lain lain. Antaranya adalah
berpunca dari diri individu yang pentingkan diri sendiri demi kepentingan dan
kebaikan diri sendiri tanpa memikirkan kesan atau impak kepada orang lain.
Selain itu, sikap individu yang suka menjatuhkan orang lain atau memfitnah.
Individu seperti ini melakukan sesuatu tindakan tanpa mempedulikan perasaan
orang lain yang mendapat kesan dari isu yang diviralkan.
Seterusnya,
antara faktor lain berlakunya isu viral adalah disebabkan oleh tiada pemantauan
penggunaan internet khususnya para remaja semasa menggunakan media sosial. Hal
ini perlu dititikberatkan oleh golongan ibu bapa supaya anak mereka tidak
terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.
Di
samping itu, sikap individu yang mudah percaya akan berita yang baru tersebar
tanpa memikirkan kesahihan isu yang diviralkan. Terdapat juga individu yang
taksub untuk menjadi penyampai pertama di media sosial sehingga tidak menkaji
isu yang ingin diviralkan sama ada betul atau tidak. Oleh itu, sebagai seorang
pengguna laman sosial yang bijak, kita hendaklah menapis dahulu berita-berita
yang diperoleh sebelum berkongsi dengan orang lain di media sosial bagi
mengelakkan isu yang diviralkan menjatuhkan air muka orang lain dan sentiasa
berfikiran positif dengan apa sahaja berita yang diterima.
Hal
ini sememangnya dilarang di dalam Islam, kerana ia adalah fitnah dan hukumnya
berdosa besar. Allah S.W.T memberi amaran keras terhadap manusia yang melakukan
fitnah terhadap manusia lain di dalam Al-Quran menerusi ayat (Al-Baqarah 2:17).
Cara Mengatasi Viral dan Fitnah
Pihak berkuasa
perlu bertindak terhadap Individu atau pihak yang menyebarkan berita palsu dan
fitnah, anya akta komunikasi dan multimedia 1998 pihak berkuasa boleh bertindak
ke atas individu ataupun pihak yang sengaja meyebarkan berita palsu di media
social demi kepentingan peribadi mereka.
Selain itu ibubapa
juga perlu memantau kegiatan anak-anak di media sosial, supaya tidak terjebak
ke kancah viral dan fitnah. Ibubapa perlulah lebih peka dan prihatin terhadap
aktiviti anak-anak mereka di ruang media sosial pada setiap hari. Hal ini
kerana pada zman maklumay di hujung jari ini maklumat begitu pantas tersebar
dan anak-anak bawah umur belum bijak untuk menapis setiap berita yang mereka
dapat. Jadi ibubapa perlu bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka
supaya dapat dapat membezakan di antara berita yang betul dan palsu.
Setiap
individu perlu bijak menapis berita-berita tertentu sebelum berkongsi dan
menyebarkan berita tersebut. Dalam era ledakan maklumat pemilik-pemilik akaun
mudah untuk berkongsi maklumat yang mereka dapat di media sosial, jadi mereka
perlulah lebih berjati-hati dan bertanggunjawab ke atas berita yang mereka
sebarkan kepada orang ramai. Mereka sepatutnya tidak mudah percaya atau menerima
bulat-bulat isu yang diviralkan. Sentiasa berfikiran positif dan tak
mementingkan diri sendiri ketika menggunakan laman sesawang.
Berhati-hati dengan berita atau
maklumat yang kita terima.
“Wahai
orang beriman ! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa berita, maka
selidik lah kebenarannya, supaya kamu tidakmenimpakan suatu musibah kepada
kaumdengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu sehingga menjadikan
kamumenyesali apa yang kamu lakukan.”
(al-Hujuraat:
6)
Bahaya fitnah
“
Dan firnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh”
(Al-baqarah
2:17)
Kesimpulan
Setiap
individu atau sesuatu pihak mestilah bertanggungjawab terhadap beirta yang
ingin mereka sebarkan kepada orang ramai. Hal ini kerana setiap berita atau
maklumat yang disampaikan mudah tersebar di zman teknologi serba canggih ini.
Pemikiran yang rasional dan waras serta tindakan yang bijak oleh seseorang
individu yang menggunakan media sosial amat perlu dalam hal sebegini.
mohon keizinan untuk dijadikan sebagai rujukan
BalasPadamterima kasih
mohon jadikan bahan rujukan
BalasPadammohon jadikan bahan untuk rujukan
BalasPadammohon jadikan satu perkongsian ilmu
BalasPadamsalam,boleh saya minta keizinan buat rujukan saya pada kawan2 saya
BalasPadamhai
BalasPadammohon jadikan rujukan
BalasPadam